Pages

Wednesday, January 20, 2010

Aktiviti Minggu Ini


Pada minggu ini telah diadakan majlis pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan,Ketua - ketua dorm Putera & Puteri 2010. Sijil - sijil telah disampaikan oleh GPK Hem & penyelaras setiap tingkatan . Selepas itu Tuan Pengetua telah menyampaikan komputer kepada semua Ketua Tingkatan. Komputer - komputer tersebut akan dipasang di kelas masing - masing untuk kegunaan
P & P oleh guru - guru. Semua pelajar tingkatan 5 dinasihatkan untuk menjaga komputer-komputer tersebut dengan baik.
Sementara itu, pelajar - pelajar tingkatan 1 telah memulakan pembelajaran di kelas masing - masing mulai minggu ini. Pada sebelah petang mereka meneruskan aktiviti dengan Unit Bimbingan & Kaunseling dan juga mengadakan latihan untuk Majlis Penutup Minggu Silatulrahim yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010. Pada tahun ini, buat julung kalinya semua ibubapa para pelajar tingkatan 1 dijemput hadir untuk majlis tersebut.

2 comments:

Unknown said...

Kami mengucapkan kecemerlangan ke atas para pelajar Mozac... terus maju..

ikhlas dari:

http://bestscorer.co.cc

cth said...

wah...bestnyer parent leh datang..