Pages

Friday, July 3, 2009

Program Jejak Maklumat E Tinta 2009


Pada 25 - 28 Jun 2009, seramai 33 orang pelajar dan 5 orang guru telah menjelajah ke 4 buah negeri untuk menjayakan program Jejak Maklumat di bawah kebitaraan E Tinta. Program ini telah membawa para pelajar dan guru menyelusuri sejarah di Selangor, Perak, Kedah dan Perlis. Para pelajar telah berpeluang melawat tempat -tempat bersejarah seperti Makam Sultan Abd Samad, Istana Bandar dan Masjid Alaedin di Jugra, Selangor. Mereka juga berpeluang menaiki keretapi ke Ipoh dan seterusnya menjejaki sejarah penanaman getah di Malaysia dan melihat antara pokok getah tertua negara.Peserta program juga berpeluang mengkaji rekabentuk bangunan lama seperti bangunan MCKK, Istana Kenangan,Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Syah di Kuala Kangsar serta mempelajari sejarah pemerintahan beraja di Perak.Seterusnya,rombongan telah ke Lembah Bujang untuk mengkaji sejarah Kedah tua dan melihat tinggalan candi candi Kerajaan Kedah Tua.Di Langkawi pula, peserta telah berjaya membuat temuramah tentang gamat,mengumpul maklumat tentang lagenda Mahsuri, beras terbakar, Gunung Raya, Gunung Mat Cincang dan mereka juga berpeluang melihat batuan berusia jutaan tahun di Geopark dan Gua Kelawar di Langkawi.Destinasi terakhir ialah Gua Kelam di Perlis. Program ini telah berjaya mengumpul banyak maklumat dan mendedahkan pelajar kepada sejarah tanahair.

No comments: