Pages

Wednesday, July 1, 2009

Explorasi Kerjaya dan Pelancaran Bulan Akademik 2009


Pada Hari Isnin 29 jun 2009 telah diadakan Program Explorasi Kerjaya dan Pelancaran Bulan Akademik Sekolah 1 - 31 julai 2009. Dalam majlis itu 5 orang pelajar dari kelab Pembantu Rakan Sebaya (PRS) telah membentangkan satu kerjaya iaitu Juru Fesiotharapi.Pelajar-Pelajar tersebut membentangkan dalam bentuk multimedia lawatannya seharian ke unit Fisiotherapi Hospital Melaka. Diharapkan pengalaman dan pembentangan itu boleh mengenalkan kerjaya tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar.
Sementara itu Pelancaran Bulan Akademik Sekolah telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua
Sepanjang bulan julai ini akan diadakan pelbagai-aktiviti mengikut Bidang Bahasa , Bidang Kemanusiaan,Bidang Sains dan Matematik dan Bidang Teknik dan Vokesional. Diharapkan dengan aktiviti yang dirancang akan memberi menafaat kepada semua pelajar dan seterusnya dapat melahirkan model insan yang akan menjadi kebanggaan Negara.

No comments: