Pages

Monday, February 2, 2009

Kecerdasan dan kesihatan

Tema bulan ini adalah kecerdasan dan kesihatan , dan di bulan ini sekolah akan mengadakan sukan tara dan sukan tahunan . Perhimpunan pagi ini selepas bercuti seminggu Tahun Baru Cina diisi dengan pelantikan ketua tingkatan dan ketua dorm .Pengetua juga memaklumkan secara rasmi pertukaran nama dewan besar sekolah kepada Dewan Muzaffar Syah bermula hari ini. Pengetua juga memaklumkan bahawa dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia pada bulan ini akan dilancarkan kempen membaca dan pelancaran Nilam berserta kunjungan dan ceramah angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar pada tarikh 14 Feb 2009.
Semua pelajar diminta bersedia dari segi latihan fizikal untuk menghadapi sukan tahunan sekolah .
Minggu ini pada 3-6 Feb sekolah menjadi pengelola bagi pertandingan badminton peringkat daerah Melaka Tengah bertempat diSJKC Yok Bin
Semua guru dan pelajar mulai sibuk dengan aktiviti kebitaraan k-Teroka dengan aktiviti berkaitan ekplorasi sains, lawatan ke KL dan ceramah R & D.
Pada hujung minggu ini semua pelajar tingkatan lima calon SPM 2009 akan mengikuti program motivasi Keindahan Bersamamu bermula petang jumaat hingga hari Ahad dimana ibubapa dan guru akan terlibat sama
Pendaftaran pelajar baru tingkatan 4 akan diadakan pada 10 Feb depan.

No comments: