Pages

Wednesday, February 25, 2009

ambilan 2 Tingkatan 1

Pagi ini sekolah menerima kemasukan pelajar baru tingkatan 1 ambilan kedua .Kumpulan pelajar ini adalah kelompok pertama yang melalui proses pengambilan secara temuduga yang pertama kali diberikan autonomi kepada pengetua sekolah.Semua aktiviti dijalankan di dewan sekolah.

Sementara itu Eduweb TV mengadakan penggambaran mengenai kebitaraan sekolah selama dua hari dengan menemubual pelajar dan guru juga merekod aktiviti e-Tinta, k-Teroka dan e-Mozac.

6 comments:

Anonymous said...

yahoo

Anonymous said...

Pelajar ambilan 2 Tingkatan 1, Muhamad Arif Mohamad Ruzi telah menjadi johan pertandingan videografi anjuran Eduweb TV. Namun, majlis penyampaian hadiah belum lagi dibuat oleh pihak Eduweb TV. Moga Arif Dapat menyesuaikan diri di MOZAC. Selamat maju jaya kepada semua warga pelajar MOZAC.

wanrosaini said...

Ketahuilah Abang
Putaran masa yang berterusan
Tanpa disedari saat itu tiba
Saat untuk berjauhan
Masa untuk bersendirian

Andai Abang tahu
betapa menggunung sebuah harapan
betapa doa dikirim sentiasa
betapa sukar menzahir perasaan
betapa perasaan bergolak
Antara suka dan duka

Semoga Abang tabah
Hadapi apa jua cabaran
rentasi apa jua rintangan
capai apa jua impian
dirikan solat apa jua cabaran waktu

Abang ingatlah pesanan ini
Usaha itu satu tuntutan
Doa itu satu senjata
Ilmu itu amat bernilai
Akhlak itu cermin diri

Lima tahun yang mendatang
Bermulalah satu perjalanan
Pengalaman yang dikutip
Sejarah yang dilakar
Bakal mendekati satu destinasi
Kejayaan yang menanti
Akan hanya bermakna
Jika peluang yang diberi ini dihargai

Kita cuma berjauhan
sekadar sementara waktu
Kita cuma berjauhan
tapi doa terus dikirim
buat mengiringi setiap langkah
Moga hari hari Abang di Mozac
Mendapat restuNya dan perlindunganNya.

Papaimran
Mozac 25 February 2009

Anonymous said...

Semoga semua pelajar Tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri dengan segera dan teruskan kecemerlangan

Anonymous said...

terharulah baca sumbangan parent f1 tu..tak pernah macam ni dulu..apa apapun ....banyak lagi dugaan sebelum berjaya ni...harap f1 tu semua tak terlalu bangga dengan 5A UPSR tu...cipot je..selamat berjaya ..Moz@c pasti boleh

Anonymous said...

to papaimran,

eventhough my father didn't dedicate a poem or even a letter to me on my registration day 8 years back, i know that this must be exactly what his hopes were and his everydays prays were.
Such a nice and a trully honest poem..
That shows to us, how deep the love from a father can be..
tq, my ayah!!

adeq imran belajar rajin2 ye...