Pages

Friday, January 9, 2009

Sesi baru 2009

a. Perhimpunan hari Isnin dihari pertama sesi persekolahan 2009 ,diadakan majlis perlantikan pemimpin pelajar yang terdiri daripada unit-unit PSS, ketua rumah, Didicom,PRS ,BADRI dan koperasi sekolah.majlis disempurnakan oleh YDP PIBG Tn Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim
b. Tahniah diucapkan kepada En Johan Othman dan En Ahmad Rizal Aziz kerana kenaikan pangkat ke DG 44
c. Bermula tahun ini kegiatan kokurikulum di adakan pada petang hari Rabu.Taklimat untuk semua guru dan pelajar telah di adakan pada minggu ini di dewan sekolah
d. Pelajar juga dibenarkan outing memakai T Shirt identiti baru bermula hujung minggu ini .
e. Persiapan sedang dilakukan untuk menerima pendaftaran pelajar baru tingkatan 1,ambilan 1 pada Isnin 12 Jan
f. Kursus kepimpinan pelajar dijalankan oleh unit kaunseling pada sabtu 10 Jan
g. Mesyuarat majlis kokurikulum pada hari selasa dan mesyuarat majlis kurikulum pada jumaat 9 jan telah diadakan.
h. Takziah kepada Tn Hj Hassim kerana kembalinya kerahmatullah bapa beliau dan takziah juga untuk Pn Norliyen kerana bapa mertuanya juga meninggal dunia .Alfatihah..
i. Warga sekolah mengalukan penguasaha kantin sekolah yang baru memulakan perniagaan bermula sesi persekolahan ini.

1 comment:

Anonymous said...

Selamat bertugas kpd semua warga MOZAC. Semoga anda semua mencipta kejayaan yg lebih cemerlang di tahun 2009.

salam takzim dari Haniza, Kulai Jaya.