Pages

Monday, January 12, 2009

Selamat Datang


Hari ini dua orang guru melaporkan diri mula bertugas di sekolah ini iaitu Cik Norazlina Bt Mohd Noor lulusan UPSI yang akan mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Cik Ungku Khairunnisa bt Ungku Mohd Nordin dari institut bahasa yang akan mengajar Bahasa Inggeris.

Sekolah juga mengalukan kedatangan dua guru matematik pelatih dari UPSI yang akan ditempatkan bagi tempoh 12/01/09 sehingga 25/4/09 iaitu Cik Nur Fatihah Abdullah dan Cik Norhanisah Hassan.
Takziah kepada Pn Wahidah bt Saul Hamid kerana menerima berita kembalinya kerahmatullah ayahanda tersayang pada pagi ini.Alfatihah...

Bermula jam 8 pagi ibubapa dan penjaga mendaftarkan pelajar tingkatan 1 ambilan 1 tahun 2009.Sambutan majlis pendaftaran bermula dengan taklimat ketua pelajar, ucapan pengetua, ucapan YDP PIBG, ucapan PK HEM sebelum mereka diberi penempatan kelas dan dormetri. Seluruh warga SMS Muzaffar Syah mengucapkan

Selamat Datang
Anda berada di Taman Ilmu dan Budi
Ingat Pesan ayah
Turut Pesan Ibu
Jadilah Insan yang Berilmu Dan Beriman

No comments: