Pages

Wednesday, January 16, 2008

Siaran akhbar JPA pemakaian baju batik

SIARAN AKHBAR
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008
PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS
Dalam usaha menyokong perkembangan dan perkembangan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan. Untuk meningkatkan keberkesanan perlaksanaan pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam, kerajaan telah bersetuju supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pakaian lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.
Arahan pemakaian batik pada setiap Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian lain.
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.
Unit Komunikasi Korporat
JPA

No comments: