Pages

Malam Seribu Bintang (MSB)






(koleksi foto lain )Sebagai satu acara tahunan meraikan semua pelajar tingkatan lima dan penganugerahan pencapaian rumah-rumah sukan, sekolah mengadakan Malam Seribu Bintang pada malam 5 November 2007. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Datuk Alias bin Md. Saad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka. Turut hadir ialah Datuk Zahar bin Jantan iaitu Naib YDP PIBG bersama isteri , guru-guru , wakil Alumni, staff sokongan dan semua pelajar memriahkan majlis sambutan . Acara bermula jam 800 malam dengan perarakan masuk pelajar Ting 5 dengan iringan kompang , pertunjukan bunga api, diikuti dengan jamuan makan malam dan diserikan dengan persembahan tarian , lakonan dan sketsa pelajar. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan anugerah dan pengumuman Bintang Muzaffar 2007. Tahniah diucapkan kepada Sdri. Nur Hazdiana bt. Latip yang telah dinobatkan sebagai Bintang Muzaffar 2007 di atas segala pencapaian dan sumbangannya selama ini.Tahniah juga diucapkan kepada penerima anugerah-anugerah yang yang lain terutamanya buat ahli rumah Bendahara yang berpesta hamper kerana telah diumumkan sebagai rumah sukan terbaik kategori akademik, kokurikulum dan 3K serta terbaik keseluruhan.

2 comments:

Anonymous said...

go kak haz.. kak ani n abg bau stay comelz...

ZUL FAHMI said...

Way to go BENDAHARA!!!!
Congratulations!!!