Pages

Saturday, September 8, 2007

Solat hajat


Malam jumaat 7 sept di adakan program solat hajat untuk calon SPM dan PMR . Program bermula seawal jam 6 ptg dengan kehadiran ibubapa dan jamuan makan malam .Diikuti dengan solat maghrib, solat taubat , solat hajat, bacaan yassin, tahlil dan solat isyak di dewan sekolah. Majlis dipimpin oleh Tuan hj Khairuddin Bin Abu Khir yang juga menyampaikan tazkirah. Ucapan pengetua dan naib YDP mengakhiri majlis di dewan diikuti minum malam di dewan makan .
Sementara itu seramai 37 pengawas bersama 3 guru melakukan lawatan benchmark di Kuantan Pahang , seramai 20 pelajar calon SPM mengikuti program perfect score diKUITTO Baru Pahat Johor. Semua pelajar tingkatan 1 Alfa menjalani program perkhemahan di hutan reakreasi Ayer Keroh bersama guru En Firdaus.

3 comments:

Anonymous said...

kenapa tak ramai guru malam tu...macam selalu...depa tak sayang kat kite ke ?

Anonymous said...

setahu aku ramai guru ada tugas lain..gi kursus, bawak pelajar gi perfect score, rombongan etc.. kalau betullah cikgu2 dah tak sayang kat kite.. alamat petanda buruk buat calon PMR dan SPM tahun ni...selisih malaikat 109...

Anonymous said...

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.