Pages

Saturday, May 5, 2007

Sekolah Berasrama Penuh SBP

LATAR BELAKANG SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sejarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula sebelum tanah air mencapai kemerdekaan. Sejarah SBP boleh dibahagikan kepada empat peringkat. Peringkat pertama bermula pada Zaman Pra merdeka sebelum tahun 1957. Peringkat Kedua ialah Zaman Pasca Merdeka hasil daripada Penyata Razak pada tahun 1956. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan antara tahun 1971 hingga 1990 yang memberi impak yang besar kepada penubuhan SBP.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sistem persekolahan yang menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Hasrat SBP adalah untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan dan potensi pelajar ke arah kecemerlangan, sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.


MATLAMAT SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan Sekolah Berasrama Penuh mempunyai matlamatnya.Hal ini penting dengan adanya matlamat ini, warga SBP akan memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamt SBP seperti berikut ;

i. mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif
ii. Memperbanyak pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
iii. Melahirkan Pelajar SBP yang memiliki ‘towering personality’ iaitu berilmu, berkemahiran dan beretika mulia.
iv. Melahirkan Pemimpin berkualiti dalam kalangan pelajar.
v. Membina Etos SBP bercirikan kecemerlangan yang boleh menjadi penanda aras.

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Penubuhan SBP adalah bagi mencapai objektif berikut:

i. Memastikan pelajar yang berpotensi pada peringkat umur 12 hingga 19 tahun terutama dari kawasan luar bandar dan yang kurang berkemampuan, berpeluang mendapat pendidikan menengah yang lebih sempurna dengan menyediakan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada tempat di SBP untuk golongan ini;
ii. Meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mendapat pendidikan dalam bidang sains dan teknologi dengan memastikan kesemua pelajar di sekolah menengah sains hanya mengambil mata pelajaran dalam bidang sains dan teknologi; dan
iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan iklim persekitaran kondusif bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kecemerlangan 100 peratus dalam peperiksaan awam.


Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015
MATLAMAT
PPSBP dirangka untuk mencapai matlamat seperti berikut
• pelajar yang dihasilkan cemerlang akademik dan kokurikulum, memiliki ”towering personality “, berkeperibadian unggul , bermoral, berdaya saing, berwawasan, patriotik dan berfikiran terbuka
• kepimpinan dan pengurusan jitu di kalangan semua pemimpin dan pengurus semua peringkat di SBP
• sebagai model dan penanda aras institusi pendidikan terbilang di peringkat antarabangsa
• etos pendidikan di SBP unggul dan terpuji
FOKUS PPSBP
• Fokus 1 : Membina negara bangsa bersemangat patriotisme.
• Fokus 2 : membina modal insan berkualiti dan berilmu tinggi.
• Fokus 3 : Memartabatkan profesion keguruan SBP.
• Fokus 4 ; Melonjakkan SBP sebagai kecemerlangan institusi pendidikan .

STRATEGI PENCAPAIAN KECEMERLANGAN
1.Pengurusan Pentadbiran
• Pencapaian akademik yang cemerlang
• Pengurusan sumber manusia yang berkualiti
• Pengurusan kewangan berimpak , audit tanpa teguran
• Sifar kes salah laku dan bilangan pelajar keluar SBP
• Kokurikulum pemangkin kepada sahsiah terbilang

2. Pengurusan Kurikulum
• Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) hendaklah 100% “straight A's” dan Gred Purata keseluruhan 1.0
• Gred purata Keseluruhan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) mesti mencapai 2.0 atau kurang daripadanya . Bagi mata pelajaran teras 100% 1A + 2A dan mata pelajaran elektif 80% ialah 1A + 2A.
• Setiap mata pelajaran akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru cemerlang pada tahun 2010.
• Latihan Dalam Perkhidmatan mengikut keperluan guru dan mempunyai tambah nilai
• Bilangan anugerah yang dimenangi dalam bidang kurikulum meningkat tahun ke tahun.

3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
• Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar.
• Kes salah laku adalah sifar.
• Sistem rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan.
• Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama SBP.
• Dewan makan mematuhi Piawaian Kualiti Dewan Makan SBP.
• Program Jati Diri mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
• Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun.
• bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun ke tahun.

4. Pengurusan Kokurikulum
• 100% pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum di SBP.
• Peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat kebangsaan semakin meningkat dari tahun ke tahun .
• peningkatan peratus pelajar yang memenangi pertandingan peringkat antarabangsa semakin meninkat dari tahun ke tahun .
• Peningkatan peratus pelajar yang memperoleh pengiktirafan oleh mana-mana agensi berkaitan penglibatan mereka dalam kegiatan kesukarelawan.
• Ketahanan diri , berdaya saing, keyakinan tinggi terselah dalam diri pelajar SBP.

1 comment:

---yUyU ErWinia-- said...

assalamualikum..
sy adalah pelajar di sebuah ipta di malaysia.sy ingin mendapatkan sumber sejarah dan maklumat mengenai sekolah berasrama penuh ini bagi menjalankan projek ilmiah tahun akhir sy....buat masa ini sy masih belum mendapatkan sumber yang boleh sah..setelah membaca blog ini sedikit sebnyak sy mendapatkan maklumat itu tetapi sy memerlukan sumber yang sah bg maklumat ini bg penulisan tesis sy..sy ada juga cuba mendapatkan dari portal kementerian pendidikan malaysia namun laman web itu tidak dpt di buka..sy amat memerlukan maklumat ini...sgala kerjasama dari pihak anda amatlah sy hargai..kalau ada apa2 maklumat yang ingin di kongsi emailkan pada nurul_akhma88@yahoo.com..tq