Pages

Thursday, March 1, 2018

KEM PENGAWAS 2018

Berakhir sudah Kursus Kepimpinan SM Sains Muzaffar Syah Anjuran Unit Hem (Badan Pengawas , Disiplin & Bimbingan dan Kaunseling) bagi tahun 2018, yang diadakan pada 12-14 Februari 2018 di Kem Tasik Biru, Melaka.
Pelbagai siri slot yang disediakan bagi menguji ketahanan fizikal, mental, jasmani dan rohani barisan pemimpin MOZAC pada kali ini. Semoga dengan pengisian yang diperoleh, barisan pemimpin sekolah mampu menggalas tanggungjawab dengan baik dan lebih bersifat integriti dalam usaha menunjukkan sahsiah yang terpuji untuk ikutan semua pelajar.
Kerana sesungguhnya,
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin…” (riwayat Muslim)
KALAU INGIN BELAJAR MANDI,
PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI,
KALAU INGIN KEPIMPINAN MENJADI,
PERTAMA ELOK KEDUA PANDAI
MOTTO PEMIMPIN MOZAC :
🎗PEMIMPIN BERINTEGRITI MOZAC BERKUALITI🎗
Tahniah dan syabas semua pemimpin muzaffar 2018.










































































No comments: