Pages

Sunday, February 11, 2018

SANTAPAN ROHANI (ADAB DENGAN GURU)

Adab dengan guru✍🏻✍🏻
Dahulu kami diajar untuk tidak mencari silap guru. Berdoa agar aib guru ditutup rapat di depan kami anak muridnya. Semoga dengannya lahir hormat dan keberkatan pada guru dan ilmu akan menjadi manfaat. Namun kita sekarang senang sekali mencari silap celanya guru. Merobek-robek dan mencari aibnya sedangkan guru juga manusia biasa yang punya kelemahan dan keaiban
.
Sahabat, jangan dicari cela guru, kita pasti akan menjumpainya sebab guru juga manusia biasa sebanding kita. Bersangka baiklah dengannya, kesungguhan dan keihlasannya mungkin tak dapat kita gambarkan. Memadailah kita menilainya melangkaui dari keaiban dan kelemahannya 🌸
Perlu ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kita, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t
.
Imam Al-Ghazali dalam Bidayah Al- Hidayah. Permulaan untuk mendapat petunjuk menegaskan hal berikut
.
1. Kurangkan bercakap dihadapan guru.
.
2. Bertanya setelah dizinkan oleh guru.
.
3. Tidak menyanggahi guru. Contohnya berkata, “Kenapa ada pandangan lain yang bercanggah dengan pandapat cikgu”.
.
4. Berbahas dengan guru. Menunjukkan pandangan yang berbeza. Seolah-olah ia lebih tahu daripada guru.
.
5. Berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar.
6. Jangan berpaling muka daripada guru. Tataplah matanya. Beradab seolah – olah di dalam solat.
.
7. Jangan bertanya soalan yang banyak. Ketika guru kelihatan letih atau jemu.
.
8. Bersangka baik dengan amalan zahir guru. Yang mungkin dilihat tidak benar disisi murid. Ingatlah kisah Nabi Musa dan Khidir.
.
Adab ini akan menambah kefahaman ilmu. Tambah berkat. Disayangi guru
.
Sumber ; Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi




No comments: