Pages

Monday, October 14, 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT SPM TINGKATAN 5 MOZAC 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Majlis Solat Hajat pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun ini sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada 06 November  depan seperti berikut:

            Tarikh               :           1 November 2013 (hari Jumaat)
            Masa                :           7.00 malam – 10.30 malam.
            Tempat             :           Dewan Terbuka/Astaka Sekolah
            Atur cara           :           (lampiran)

Oleh itu, semua ibubapa dijemput hadir pada majlis tersebut untuk-sama bersolat dan mendoakan anak-anak tuan/puan agar meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka kelak. Pihak sekolah memohon budi baik dan keikhlasan tuan/puan untuk memberi sedikit sumbangan untuk menampung kos program tersebut dan sekaligus makanan dan minuman tambahan anak-anak tuan/puan sepanjang minggu peperiksaan SPM.

Kami amat berharap tuan/puan meluangkan masa hadir ke majlis ini sebagai menyuntik semangat dan motivasi anak-anak tuan/puan supaya sasaran sekolah terhadap keputusan SPM  tahun ini dapat dicapai. MOZAC yang telah memperoleh taraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mempunyai target Gred Purata Sekolah (GPS) 1.46 dengan jumlah straight As 67 daripada 142 orang.  Natijah itu, kami yakin kedatangan ibu bapa dan penjaga ke sekolah akan memberi impak kepada diri anak-anak tuan/puan, tambahan pula pelajar-pelajar dibenarkan balik pada malam tersebut mengikut ibu bapa/penjaga mereka selepas majlis tersebut.
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam menyokong sekolah dalam apa jua progam yang kami adakan didahului dengan ucapan terima kasih dan semuga Allah SWT jua yang akan membalasnya kelak.


 ATUR CARA MAJLIS SOLAT HAJAT SPM 2013

7.00  -  7.20 malam                  :           Ketibaan ibu bapa/penjaga

7.20  -  8.40 malam                  :           Solat Maghrib Berjamaah

                                                             Solat Taubat Berjamaah

                                                            Solat Hajat Berjamaah
 8.40  -  9.15 malam                  :         Solat Isyak Berjamaah

9.15     -           9.45 malam      :         Ucapan Pengetua

10.00 -    10.30 malam            :         Jamuan Ringan di Dewan Makan                                                  
10.30 malam                            :          Bersurai

 

No comments: