Pages

Monday, June 3, 2013

Khabar Gembira

Hari ini MOZAC dikunjungi Exco Pelajaran Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi , Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin. Turut melawat adalah Pengarah Pelajaran Melaka. Timbalannya dan pegawai -pegawai unit perhubungan JPN.serta YDP PIBG. MOZAC bakal mendapat lampu jalan baharu bermula dari gate sehingga sampai ke bangunan sekolah dan asrama. Permohonan PIBG MOZAC kepada YAB Ketua Menteri menukar semua lampu jalan dari pintu masuk hingga ke bangunan sekolah diluluskan dan lampu jalan yang lama akan ditukar baru oleh Tenaga Nasional Berhad secepat mungkin sebelum Kejohanan Ragbi SBP 10 pada 3 Julai depan.





j
Juga akan dinaik taraf ialah sistem pencegahan kebakaran yang memang tidak ada di MOZAC sejak dibina pada tahun 1973. Pada 30 Mei 2013 ,pegawai-pegawai JKR Melaka berkunjung ke MOZAC membawa berita gembira. MOZAC bakal mendapat surau yang berharga 1 juta, pendawaian semula berharga 1.5 juta, menukar bumbung Bengkel KH dan Bilik Muzik, menambah tangki air bantuan di asrama, menukar sub-tank di rumah pam, perpaipan semula, menaik taraf makmal, astaka dan kerja-kerja kecil yang lain. Alhamdulilah peruntukan daripada SBP dan kali ini realiti yang ditunggu untuk sekian kali.Semoga MOZAC akan lebih cemerlang dan gemilang.

No comments: