Pages

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

MOZAC meraikan Hari Guru 2013 dengan pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru diarak masuk ke dalam dewan Sultan Muzaffar Syah, Ayer Keroh, Melaka. Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan KPPM yang dibacakan oleh PK Pentadbiran , Cik Rosnah Osman, diikuti ucapan Shamir Roslan selaku Ketua Pelajar 2013. Tuan Pengetua, Tn, Hj. Hassan b. Topit juga menyampaikan ucapan diikuti dengan persembahan multimedia, ucapan hari guru dari bekas - bekas pelajar di luar negara selain persembahan dari guru dan para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh wakil ALUMNI dan juga PIBG MOZAC.





Pada hari ini juga diadakan majlis persaraan Pn. Haidah Azudin yang telah bersara pada awal tahun ini. Para pelajar dan guru menyampaikan hadiah kepada beliau sebagai tanda ingatan. Didoakan beliau sihat dan ceria menjalani hari - hari sebagai seorang pesara.

Acara sukaneka antara para pelajar dan guru juga telah diadakan selepas itu sebelum guru - guru diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Hotel King's Dimajlis yang sama YDP PIBG, En. Roslan Mat Nong telah hadir bagi menyampaikan hadiah - hadiah cabutan bertuah untuk para guru sumbangan YDP PIBG & PIBG MOZAC. Terimakasih diucapkan .


                                           
                                            GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA

5 comments:

wanrosaini said...

Didikan tanpa rasa jemu
Pencerahan ilmu tanpa menghitung balasan
Pembawa sinar kepada kegelapan
Penyandar harapan berterusan

Ilmu yang tercurah bagaikan cahaya
Menerangi kejahilan hati menghiasi rohani
Menjulang anak didik dengan kecerdasan
Mendukung warisan meniti masa hadapan

Kesabaranmu kerap diuji
Kekuatanmu pernah diragui
Kelembutanmu ada masanya disangka kelemahan
Kesantunanmu pernah juga dituba
Namun kemuliaanmu tetap menggunung

Engkau pengganti ayah ibu
Pembentuk generasi berilmu
Pembina insan beriman beramal
Pewaris tamadun berzaman
Penyuluh hidup anak bangsa
Sungguh Engkau pembangun ummah

Tidak mungkin cukup ungkapan ini
Namun, terima kasih Guru
Jasamu melangit
Sentiasa terpahat terus mewangi
Semoga Allah mencucuri Rahmah dan Maghrifah kepadamu GURU


Semoga Allah mencucuri Rahmah dan Maghrifah
Kepada sekalian GURU

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Silicone trees remain high in extracts to put together a long duration along with twenty years.
Moreover, for accommodating at these homes, one need not ever spend much.


Also visit my website ochrona obiektów lublin

Anonymous said...

This is really the only part that regarding modeler may desire to copy in abs plastic.
It is far better to put an outdoor dog pen on the surface that
mimics your pet's bathing room area.

Feel free to visit my page adwokat łódź

Anonymous said...

This single time start up price $49.95 is
value the 3000 TV means you will get. The technology of this software
works stage astute.

Feel free to visit my web-site kancelaria adwokacka łódź