Pages

Monday, May 27, 2013

Aktiviti Pelajar MOZAC di masa cuti

Walaupun cuti pertengahan tahun baru bermula, para pelajar MOZAC menyertai pelbagai aktiviti walaupun dimasa cuti.. Berikut adalah antara aktiviti yang disertai:

1. Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) ke 40 di Sek Men. Sains Selangor bermula pada 23 Mei - 28 Mei 2013. MOZAC menghantar pasukan bahas Bahasa Melayu, Bahas Bahasa Inggeris dan pasukan bola keranjang.


2. Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke 9  di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Melaka dari 25 Mei - 30 Mei 2013. MOZAC menghantar 21 orang Pengakap Udara ke jambori tersebut


3. Perkhemahan Bulan Sabit Merah sempena Festival Belia Negara 2013. dari 23hb 26hb Mei 2013 bertempat di Putrajaya. MOZAC menghantar 24 orang ahli PBSM MOZAC ke perkhemahan tersebut.






4. Muhammad Najmi b. Mohd Noor Azmi dari 2 Beta menyertai Hiroshima International Club,  Japan Homestay Program dari 28.5 hingga 6.6. 2013 bersama 70 orang pelajar Malaysia yang lain. Beliau tinggal bersama keluarga Teraish di Osaka



5. Simposium kebangsaan sekolah berprestasi tinggi di SMAP LABU N.SEMBILAN dr 5 -8 Jun 2013. Mozac berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan penulisan kreatif cerpen bahasa Arab yang bertemakan santun bahasa membudayakan masyarakat penyayang. Peserta : Nur Saidatul Najihah Bte Roszaidi (pingat emas), Mohd Nabil b. Sari, dan Tay Peggy


1 comment:

Anonymous said...

Make sure to monitor yourself totally you don't fit out of the particular habit. Off course, I do have far less experience and feats than Mr Frawley.

Feel free to visit my web-site ... pobierowo