Pages

Saturday, April 13, 2013

Panca D5 datang lagi

Bermula 13 April - 15 April 2013. para pelajar tingkatan 5, 2013 menganjurkan acara tahunan Panca D5 dengan jualan makanan, minuman dan gerai permainan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada sekolah. Dana yang dikumpul pada tahun ini akan digunakan untuk membeli jubah graduasi yang akan di gunakan oleh para pelajar yang tamat tingkatan 5 pada tahun ini. Program juga bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Para pelajar lain pula dapat menunjukkan bakat dalam pertandingan yang dianjurkan. Terimakasih kepada semua guru yang terlibat dan juga YDP PIBG MOZAC, En. Roslan Mat Nong yang turut sama menyumbangkan hadiah berupa 22 hamper untuk pertandingan - pertandingan yang dianjurkan,  3 buah khemah untuk para tetamu dan wang tunai RM 300.00. Terimakasih juga kepada seorang lagi ibubapa iaitu Datuk Roslan b. Ibrahim yang turut menyumbangkan hadiah berupa hamper.

1. Gerai tercantik & terbersih - 5 Beta
2. Gerai Jualan Tertinggi - 5 Sigma

Theta Titans

Omegatron

Betavengers

Alpha Frenzy

SigmaDascar


No comments: