Pages

MOZAC cemerlang ko akademik

MOZAC terus melakar kecemerlangan dalam pertandingan pertandingan ko akademik yang sedang berlangsung di peringkat kawasan dan juga negeri. Pada hari ini pasukan forum MOZAC menjadi Johan dalam  Pertandingan Forum Remaja Kafe@teen anjuran LPPKN. Pasukan forum membincangkan tajuk Pendidikan Seks : Tanggungjawab ibu bapa di rumah atau guru di sekolah? Pertandingan berlangsung di LPPKN UTC Melaka. Pasukan dianggotai oleh Nur Ain Husna Johan, Norfaizah Anwar, Mohd Adi Fadzil dan Muhd Bukhari dibawah bimbingan Pn. Siti Muneira Haron.


Sementara itu, pada hari ini juga Muhammad Nabil Mohd Sari menjuarai Pertandingan Pidato Diraja Daerah Melaka Tengah yang diadakan di SMK Telok Mas. Beliau dibimbing oleh Pn. Hjh Azniza Azmi. Semoga mereka akan mengharumkan nama MOZAC di peringkat negeri nanti. Tahniah.



0 comments: