Pages

Karnival PIBG Sekolah - sekolah Parlimen Bukit Katl



Karnival yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil adalah yang kedua kali diadakan. Pada tahun ini, MOZAC membuka gerai jualan yang dikendalikan oleh Persatuan Usahawan Muda dan DIDIKOM dibantu oleh guru - guru dan AJK PIBG MOZAC. MOZAC juga telah diberi tanggungjawab sebagai AJK Hadiah dan Cenderahati. Semua warga MOZAC dan ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi karnival tersebut disamping menyumbang kepada gerai MOZAC di karnival tersebut.

Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh warga MOZAC di karnival tersebut:
1. Anugerah Emas Kepimpinan Sekolah Terbaik -  Tn Hj. Hassan b. Topit (Pengetua MOZAC)
2. Anugerah Emas Tokoh PIBG - En. Roslan Mat Nong (YDP PIBG MOZAC)
3. Johan Pertandingan Kompang ( Pasukan kompang MOZAC)
4. Tempat ke 3 - Pertandingan melukis terbuka - Muhd Najib b. Azman (Pelajar MOZAC)
5. Tempat ke 3 Gubahan - En. Husaini Zakaria.(Guru MOZAC)
Tahniah diucapkan.





1 comments:

HJ. HASSAN BIN TOPIT said...

Kejayaan demi kejayaan. Satu rangsangan ke arah kejayaan. Tahniah kepada semua yang berjaya. Bersyukurlah kepada Allah. MOZAC mampu melakukannya. MOZAC BOLEH!