Pages

Friday, March 8, 2013

Jumaat @ MOZAC

Pagi Jumaat di mulai dengan Program Pembudayaan Al Quran guru dan pelajar. Para guru membaca surah Al Nahl dan takzirah diberikan oleh Ust Kamariah Mohd Noor.


Pada pukul 9 - 10 pagi pelajar perempuan tingkatan 1 menerima suntikan HPV kali kedua. Sementara itu, semua pelajar tingkatan 2 menghadiri ceramah Reproduktif Remaja di Dewan Sultan Muzaffar Syah, Melaka yang disampaikan oleh Dr. Fadzilah dari Poliklinik Ayer Keroh.



Pada hari ini juga seramai 100 orang pelajar menerima Netbook 1 Malaysia. Pelajar - pelajar yang menerima netbook ini adalah pelajar - pelajar ting 2 -5. Mereka juga telah mendengar ceramah yang disanmpaikan oleh Cik Nursyakilla bt Johan Nurlariffin dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).






Pada petang ini pasukan ragbi MOZAC akan bertemu dengan KYS dalam perlawanan separug akhir peringkat negeri di padang MOZAC. Sementara itu pasukan kriket juga akan bertanding di peringkat akhir pada petang ini begitu juga dengan 2 orang pemain squash MOZAC yang ke peringkat akhir pada petang ini. Seluruh warga MOZAC mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga semua pasukan yang bertanding pada petang ini akan mencapai kejayaan. Insyaallah








No comments: