Pages

Friday, February 1, 2013

Kejayaan Pelajar Januari 2013

Seawal bulan pertama, para pelajar MOZAC telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan dalam pertandingan - pertandingan yang disertai. Pasukan  Marhaban Al Imtiyaz MOZAC telah menjadi Johan Negeri dalam Pertandingan Berzanji & Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 26 Januari 2012 bertempat di Kompleks Masjid Al Azim.

Pada malam ini MOZAC bertanding dalam Pertandingan Selawat di Melaka River Cruise. MOZAC mendapat tempat ke 8 daripada 26 pasukan yang bertanding.  Pasukan ini juga mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan seorang bekas pelajar di Grand Ballroom, MITC , Melaka pada 2 Februari 2013




MOZAC juga telah menghantar 8 orang pemain di Kejohanan Golf MSSM 2013 bertempat di Ayer Keroh, Country Resort. Nurfarah Qistina Roslan telah muncul Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang mengharumkan nama sekolah untuk semua pertandingan yang disertai !

No comments: