Pages

Thursday, January 24, 2013

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul di MOZAC


Rumah Bendahara - Johan Perarakan & Naib Johan Banner Maulidur Rasul

Rumah Laksamana - Tempat keempat Perarakan & tempat ketiga Banner Maulidur Rasul

Rumah Syahbandar - Johan Banner dan tempat ketiga Perarakan Maulidur Rasul

Rumah Temenggung - Naib Johan Perarakan dan tempat keempat Banner
Suasana di dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah, Melaka
Seawal jam 7 pagi para pelajar telah bersiap sedia untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan bermula pada pukul 7.30 pagi dari Bengkel KH ke Dataran Tun Mamat. Sambutan diteruskan dengan Asmaul Husna, bacaan Al Quran, Ucapan Pengetua dan seterusnya ceramah dari Ustazah Rozita Abd Hamid, guru cemerlang Pendidkan Islam dari SMK Seri Pengkalan yang bertajuk Rasulullah s.a.w Idolaku. Majlis diteruskan  dengan persembahan nasyid dari para pelajar MOZAC dan juga bekas pelajar sekolah Tahfiz. Selepas itu diadakan upacara penyampaian hadiah untuk pertandingan 'banner' Maulidur Rasul dan pertandingan Perarakan. Terimakasih diucapkan kepada semua guru, wakil PIBG, wakil Alumni dan para pelajar yang hadir. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan BADRI yang berjaya menganjurkan sambutan pada tahun ini.

Terimakasih juga diucapkan kepada Sheikh Muhd Faisal Sheikh Muhd Salim, seorang bekas pelajar MOZAC yang sedang belajar di UNSW, Australia kerana sudi berkongsi pengalaman beliau semasa di MOZAC & Australia sebelum kembali menyambung pengajian.


WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

No comments: