Pages

Monday, January 7, 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2013





Pada 7 Januari 2013 seramai 124 orang pelajar baru tingkatan 1 2013 telah mendaftar di MOZAC. Para pelajar dan ibubapa telah diberi taklimat oleh semua penolong kanan setelah ucapan alu - aluan dari tuan pengetua, Tn Hj. Hassan b. Topit. Majlis turut dihadiri olegh YDP PIBG & AJK yang telah menyumbangkan 'goodie bags' kepada ibubapa para pelajar tingkatan 1.  YDP Alumni & AJK juga hadir memberi sokongan dengan  mengetuai bacaan ikrar menyerahkan anak - anak untuk dijaga oleh barisan guru - guru dan kepimpinan MOZAC. Mantan YDP Alumni juga telah menyampaikan ucapan sebagai salah seorang 'towering personality' kelahiran MOZAC. Pendaftaran kelas dan asrama telah diadakan selepas itu. Pelajar - pelajar tingkatan 5 telah diberi tanggungjawab untuk menjaga para pelajar baru ini disamping mengendalikan sesi orientasi. Semoga semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama penuh. Terimaksih kepada semua pihak yang terlibat.

No comments: