Pages

Wednesday, January 23, 2013

Majlis Pelantikan Pemimpin Unit HEM & Unit KO KU

Bertempat di Dataran Tun Mamat, majlis pelantikan pemimpin Unit HEM dan Unit Ko Kurikulum berlangsung dengan meriah pada hari ini. Majlis dihadiri oleh semua guru dan pelajar MOZAC dan juga tetamu kehormat iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mohd Zaki b. Zainal beserta wakil dari PIBG dan Alumni. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju diikuti dengan pemeriksaan barisan oleh tetamu kehormat. Watikah Pelantikan Ko Ku dan Unit HEM telah disampaikan oleh wakil Alumni, En. Ali Kasmin sementara tetamu kehormat telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Badan Beruniform.



No comments: