Pages

Monday, January 7, 2013

Lawatan Ketua Menteri Melaka ke MOZAC

Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali b. Mohd Rustam tiba di MOZAC pada tengahari 7 Januari dan beliau sempat beramah mesra dengan pelajar- pelajar MOZAC dan ibu bapa yang hadir pada hari pendaftaran pelajar tingkatan 1. Beliau yang diiringi oleh Tn. Hj Hassan b. Topit, pengetua MOZAC, YDP PIBG, YDP Alumni & AJK juga telah bertemu dengan para pelajar dari Indonesia dan Jepun yang sedang mengadakan lawatan ke MOZAC. YAB Ketua Menteri Melaka juga telah melawat asrama puteri, tapak surau baru MOZAC dan juga kawasan pembangunan asrama baru MOZAC. Warga MOZAC mengucapkan ribuan terimakasih kepada beliau kerana sudi hadir pada hari ini dan prihatin dengan perkembangan terbaru di MOZAC.










No comments: