Pages

Program 40 Bestari SBP & Team Teaching

Program 40 Bestari SBP yang dianjurkan BPSBPSK Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Lembaga Zakat Selangor pada 1 hingga 5 Oktober 2012 Di Hotel Puteri Garden, Klang, Selangor.Antara objektif program ini adalah menghasilkan 50% penerima biasiswa nasional dalam kalangan murid SBP dan memaksimakan bilangan murid SBP sebagai penerima anugerah biasiswa-biasiswa utama negara. 40 peserta dipilih dari 200 murid cemerlang berdasarkan peperiksaan percubaan SPM SBP dan ujian IQ Permata Pintar UKM

Adlian Rahim dari MOZAC antara yang terpilih

Adlina bersama Tn. Hj. Kholil

Sementara itu, rakan pelajae tingkatan 5 pula akan mengikuti program team teaching bermula 8 - 13 Oktober bersama - sama guru - guru matapelajaran tingkatan 5. Sementara itu para pelajar tingkatan 4 akan memulakan peperiksaan akhir tahun pada 8 Oktober diikuti para pelajar tingkatan 2 pada 15 Oktober. Selamat Berjuang semuanya.

0 comments: