Pages

Saturday, October 13, 2012

Majlis Pecah Tanah Bangunan Asrama Baru oleh Ketua Menteri Melaka

Pada 12 Oktober 2012, satu majlis pecah tanah untuk bangunan asrama baru telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Pembinaan bangunan ibi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Pembinaan bangunan bernilai RM 3 juta ini dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka. Y.A.B Ketua Menteri Melaka berharap dengan pembinaan bangunan baru ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar khasnya anak - anak negeri Melaka untuk belajar di sekolah ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah BPSBPSK, pegawai - pegawai JPN Melaka, PPD Melaka Tengah, JKR, Alumni MOZAC, pengetua sekolah - sekolah berhampiran, guru - guru dan pelajar - pelajar MOZAC.
Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.





No comments: