Pages

Saturday, September 1, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Menjejaki kaki ke sekolah setelah cuti sempena hari Raya, MOZAC terus sibuk dengan pelbagai aktiviti. Para pelajar tingkatan 5 menduduki Peperiksaan Percubaan Negeri Melaka manakala para pelajar tingkatan 3 meneruskan pembelajaran dan ulangkaji untuk PMR yang bakal menjelang. Pada hujung minggu cuti sempena Hari Kemerdekaan, para pelajar tingkatan 3 dan 5 melupakan kemeriahan Hari Raya dengan menghadiri bengkel - bengkel matapelajaran yang dikendalikan oleh para guru matapelajaran masing - masing. Semoga pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang cemerlang nanti bak kata pepatah berakit - rakit ke hulu, bereneng renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian. Insyaallah

No comments: