Pages

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA

Pada 30/8/2012 sekolah telah menghantar 16 orang pelajar bagi menyertai Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Zon Selatan Sekolah Berasrama Penuh di Sek. Tuaku jaafar (STJ). Pertandingan ini dikendalikan oleh Unit Bimbingandan Kaunseling dan dibimbing oleh Pn. Zulindawati Mohd Jais serta En. Saifudin Dolhalit. Keputusan pertandingan yang disertai adalah seperti berikut :
Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) – Johan dan mewakili Zon Selatan ke peringkat kebangsaan.
Pertandingan e-Pendidikan Kerjaya (EPK) – Tempat keempat
Pertandingan Folio Kerjaya – Saguhati
Pertandingan Video Korporat – Saguhati

Seterusnya, pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya MOZAC telah mewakili Zon Selatan ke peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Sek. Dato’ Abdul Razak dari 12 hingga 15 September. Sebanyak 9 pasukan bertanding dalam kategori ini dengan 2 buah sekolah mewakili setiap zon. Akhirnya pada 15/9/2012 MOZAC telah berjaya meraih Naib Johan Pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK). Tahniah diucapkan kepada pasukan EAK yang terdiri daripada :

Amir Hakimi bin Abdul Khairi 4 Beta
Muhammad Faris bin Ramli 4 Alpha
Iylia Fadzilah binti Aziz Shah 4 Alpha
Saiyidi Rasyid bin Abdul Rahman 4 Alpha
Di bawah bimbingan Pn. Zulindawati bt. Mohd Jais, Guru Bimbingan dan Kaunseling MOZAC






0 comments: