Pages

Saturday, August 11, 2012

Ramadhan @ MOZAC

Bulan Ramadhan disambut meriah dengan pelbagai aktiviti di MOZAC. Pada minggu pertama Ramadhan telah diadakan Program Ihya Ramadhan yang dihadiri oleh pegawai dari JPN Melaka.

Beberapa personaliti lain juga turut hadir pada bulan puasa ini seperti Pengetua TKC, Pn Hjh Che Kamaliah.

Selain daripada itu Ramadhan di MOZAC juga dimeriahkan dengan kedatangan Imam Muda Wan Najdi, imam muda musim kedua.

PIBG MOZAC tidak ketinggalan dalam bulan ini apabila telah turut sama dalam memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada para guru, kakitangan dan pelajar MOZAC pada 2 Ogos 2012.


Alumni MOZAC juga telah mengadakan program Majlis Iftar bersama anak2 yatim dirumah anak yatim kelolaan Ustaz Ibrahim.(bekas guru MOZAC) Bertarikh  5 Ogos 2012 (Ahad) dan bertempat  di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin, Pantai Puteri, Melaka. Seramai  65 pelajar  lelaki & 25 pelajar perempuan ,anak- anak ak2 yatim dikalangan rakan2 bekas pelajar dan para pelajar projek khas  MOZAC. MOZAC turut dikunjungi oleh Timbalan Pengarah SBP untuk majlis berbuka puasa bersama para pelajar.

No comments: