Pages

Monday, July 23, 2012

Sukan Tahunan Kali ke 31 2012

Sukan Tahunan pada tahun ini diadakan pada 20 Julai 2012 dirasmikan oleh YDP PIBG Encik Roslan Mat Nong. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk rumah - rumah sukan. beikut adalah keputusan pertandingan perbarisan
1. Temenggung 2. Laksamana 3. Bendahara 4. Temenggung Acara diteruskan dengan pertandingan sorak. para pelajar mempersembahkan pelbagai aksi dan formasi menarik. Keputusan pertandingan sorak pada tahun ini ialah: 1. Temenggung 2. Syahbandar 3. Bendahara 4. laksamana
Setelah itu, beberapa acara telah dipertandingkan dengan sokongan padu dari semua ahli rumah. Satu acara tarik tali juga telah diadakan antara pelajar dan guru lelaki. Acara ini telah dimenangi oleh guru - guru lelaki. Berikut adalah keputusan penuh sukan pada tahun ini: Kategori PJ - Syahbandar Kategori PS - Syahbandar Kategori lelaki C - Laksamana Kategori LB - Temenggung Kategori lelaki A - Syahbandar Olahragawan: Muhd Nur Aiman Md Noor (Temenggung) Olahragawati - Huril Ain Ramli (Temenggung)
Johan Sukan tahunan tahun ini menjadi milik rumah SYAHBANDAR. Diikuti oleh rumah Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Tahniah

No comments: