Pages

Saturday, July 28, 2012

Hujung Minggu @ MOZAC

Seperti biasa hujung minggu di MOZAC padat dengan pelbagai aktiviti walaupun di bulan Ramadhan. Pada hujung minggu kedua Ramadhan hanya para pelajar tingkatan 1 & 2 sahaja yang dibenarkan pulang bermalam bersama keluarga. Para pelajar yang lain mengikuti program - program yang telah dia turkan oleh para pelajar. Antara program yang dijalankan pada hari Sabtu 28 Julai 2012 ialah program Immersion Sains dengan Sek. Men. Ayer Molek yang dijalankan di Dewan Sultan Muzaffar Syah.
Manakala para pelajar tingkatan 5 menjalani program Keindahan Bersamamu bermula pada 28 - 29 Julai bertempat di MOZAC dan juga Masjid Raudhatul Sakinah, Bukit Katil, Melaka. Program tahunan ini dijalankan dengan kerjasama Ikram Negeri Melaka. Para pelajar tingkatan 4 pula mengadakan program belajar berkumpulan Perfect Score Matapelajaran Elektif di Dewan Sultan Mansur Syah pada sebelah pagi. Pada sebelah petang semua pelajar tingkatan 4 menghadiri Bengkel Sains Dan Inovasi anjuran Kaki Seni dengan kerjasama MOSTI. Sementara itu guru -guru Tingkatan 1 telah menghadiri Mesyuarat PBS kedua yang telah disampaikan oleh PKP Cik Rosnah Osman di bilik Gerakan sekolah

No comments: