Pages

Sunday, June 17, 2012

Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP

Kolokium diadakan di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 16.6.2012 yang dihadiri oleh 252 orang murid yang kurang bernasib baik daripada 53 SBP seluruh Malaysia. Kebanyakan peserta adalah dikalangan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 dan mempunyai latar belakang kewangan yang kurang memuaskan. Program yang melibatkan Alumni adalah bermula pada 9am dan berakhir pada 5pm pada hari tersebut walaupun program keseluruhan adalah bermula pada hari Jumaat dan akan berakhir pada hari Ahad 17.6.2012. Persatuan Alumni Mozac menyumbang buku 'Asma ul Husna” dan “Al Mathurat” kepada semua peserta yang hadir. Seramai 5 orang wakil Persatuan hadir untuk berkongsi pengalaman, memberi nasihat dan semangan kepada peserta. Wakil persatuan yang hadir dan menyumbang tenaga dan masa adalah: YDP Halem Berahim 89 TYDP Hashim Zainal 85 NYDP Roszaidi Walid 90 SU Halim Husin 88 Bendahari Tajuddin Latiff 87 Program ini juga berjaya merapatkan hubungan antara Persatuan dan para pegawai SBP terutamanya Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Tn Hj Rosland Hussein. Tn Hj Rosland telah meminta perbincangn lanjut bersama Persatuan Alumni Mozac bagi mendapatkan imput berkenaan pengisian pembelajaran berkenaan kerjaya sebagai usahawan yang sangat menarik perhatian beliau semasa berbincang dengan SU dan Bendahari. Keakraban Jawatan Kuasa Persatuan dan para pegawai Bahagian SBP terserlah dengan adanya aktiviti luaran yang diadakan bersama selepas program Kolokium berakhir.

No comments: