Pages

Thursday, June 21, 2012

Jun @ MOZAC

Pelbagai aktiviti dijalankan sebaik sahaja sesi pembelajaran penggal ke 2 bermula. MOZAC terus dilawati oleh para pelawat antaranya rombongan dari Brunei, SMS Faris Petra dan juga sekumpulan pegawai dari JPN Melaka.
Jadual P & P baru selama satu jam berkuatkuasa pada minggu kedua dan jadual kelas tambahan untuk para pelajar PMR dan SPM telah dikeluarkan. Para pelajar PMR dan SPM juga telah memulakan bacaan Yassin pada setiap pagi.
Dalam pada itu, acara Ujiantara juga telah dilaksanakan pada 20 & 21 Jun pada sebelah petang. Para pelajar juga telah dijamu dengan durian pada petang 21 Jun. Para guru pula bertungkus lumus menyiapkan laporan untuk Program Jejak Prestasi dan juga program Immersion yang akan diadakan pada minggu hadapan di ASiS dan SMS Selangor.

No comments: