Pages

Peristiwa Mei & Peperiksaan Pertengahan Tahun

Para pelajar tingkatan 1 - 5 MOZAC menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula dari 10 - 23 Mei 2012 bagi menguji tahap pencapaian akademik untuk setengah tahun pertama 2012. Diharapkan para pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.
Sementara itu pasukan ragbi MOZAC telah berjaya mendapat tempat ke 3 dan beberapa orang pemain telah terpilih untuk pemilihan untuk pasukan negeri. Syabas diucapkan.
Seorang pelajar tingkatan 3 Omega, Mohd Idham Azlan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar , Melaka. Para guru dan rakan - rakan tingkatan 3 telah melawat beliau di hospital.Bacaan yasin dan sembahyang hajat juga telah dan sedang dilakukan sehingga beliau sembuh. Seluruh warga MOZAC mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat menyambung pembelajaran bersama. Insyaallah.

0 comments: