Pages

Saturday, May 5, 2012

Hujung Minggu @ MOZAC

Seperti minggu - minggu sebelumnya, hujung minggu pertama bulan Mei di MOZAC juga meriah dengan pelbagai aktiviti. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 MOZAC telah menghadiri suatu program motivasi - Smart Study memory Skills yang telah dikendalikan oleh Osman Affan Smart Study & Consultant bermula pada pukul 8.30 pagi - 4.30 ptg. Diharapkan teknik belajar dan motivasi yang diberikan dapat membantu para pelajar MOZAC untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012.
Usai program tersebut, Dewan Sultan Muzaffar Syah, dipenuhi pula dengan kehadiran alumni MOZAC dari tahun 77 - 79 yang berkumpul di MOZAC bersama ahli keluarga masing - masing. Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua ex MOZAC dan semoga hubungan baik alumni dan sekolah dapat di teruskan untuk kebaikan bersama.

No comments: