Pages

Wednesday, May 30, 2012

HKSBP ke 39 @ STAR, Ipoh

MOZAC menghantar 2 pasukan bahas iaitu pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris ke pertandingan tersebut. Seramai 8 orang guru MOZAC terlibat iaitu seorang ketua kontinjen, 2 orang guru pengiring, 4 orang hakim dan seorang pegawai teknikal ke STAR, Ipoh, Perak dari 25 - 29 Mei 2012. Dua orang bekas pelajar turut sama - sama menyertai dan membantu untuk pertandingan pada kali ini. Pembahas Bahasa Melayu terdiri daripada: 1. Nur Diyana Johan 2. Muhammad Nabil Md Sari 3. Amirah Zalil 4. Amirul Amin Mereka telah memenangi 2 perdebatan keatas SMS Tapah dan SMS Machang tetapi tewas kepada SDAR. Nur Diyana Johan dan Muhammad Nabil Md Sari juga berjaya menjadi pembahas terbaik dalam 2 perdebatan. Manakala pasukan Bahas Bahasa Inngeris diwakili oleh 1. Jananieswary Servai 2. Umar Hakim 3. Adlina bt Rahim 4. Syahmi Farid Pasukan Bahas Bahasa Inggeris juga memenangi 2 perbahasan menentang SERATAS dan STJ tetapi tewas kepada STF. Jananieswary Servai dan Adlina bt Rahim juga berjaya menjadi Best Speaker dalam 2 perbahasan. Tahniah diucapkan kepada semua para pembahas yang telah mewakili MOZAC walaupun tidak dapat mara ke perbahasan seterusnya. Terimakasih juga diucapkan ke pada dua org bekas pelajar iaitu Mohd Amar Bin Md Hilmi dan Ahmad Azri Bin Abdullah kerana telah membantu pasukan bahas sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada para guru pengiting - En.Husaini Zakaria (BM) dan Puan Wan Hailah Wan Yahya (BI)dan juga para hakim Pn Azniza Azmi dan Pn. Hanita Rahim (BM) serta Pn Norizah Baba dan Pn. Rita Malina Rahmat (BI). Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada 2 orang PK MOZAC yang turut serta dalam HKSBP pada tahun ini iaitu: 1. Cik Rosnah Osman ( AJK Teknikal Bahas Bahasa Melayu) 2. Tn. Hj Johan Osman (Ketua Kontinjen)
HKSBP kali ini turut memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mendengar titah ucapan dari DYTM Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin Syah yang juga telah berkenan menjemput semua peserta dan guru untuk hadir ke Majlis Santapan Diraja, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Di HKSBP kali ini MOZAC berbangga kerana 2 orang bekas pelajar iaitu Ketua Pengawas 2011, Muhammad Asyraf Roslan dan Penolong Ketua Pengawas 2011, Alia Anin Bakri telah memerima Anugerah Warna penuh (full clour) SBP. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

No comments: