Pages

Monday, April 9, 2012

April @ MOZAC


Minggu pertama bulan April, MOZAC kembali sibuk dengan kehadiran semua pelajar MOZAC dan aktiviti - aktiviti akademik dan ko akademik. Hujung minggu pertama yang padat kerana 43 pelajar MOZAC, 40 pelajar STF, 37 pelajar MCKK dan 50 pelajar KYS berada di Dewan Sultan Muzaffar Syah di MOZAC belajar bersama-sama untuk immersion academic SPM subjek Matematik Tambahan, English, Biology, Physics dan Chemistry untuk high flyers. Pelajar tingkatan 5 yang lain menjalankan satu lagi program immersion subjek Sejarah dengan para pelajar SBPI Selandar.







Para pelajar dan guru - guru MOZAC juga mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012. MOZAC telah membuka gerai, mengambil bahagian dalam pertandingan kawad KRS, pertandingan Wind Orkestra, pertandingan Open Office dan juga pertandingan Dikir Barat. Tahniah diucapkan kepada pasukan KRS sekolah yang telah berjaya mensapat tempat ke 3. Pasukan Wind Orkestra MOZAC juga telah menggondol tempat ketiga kategori gold.Konduktor WO MOZAC Muhammad Nabil Azman pula telah dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik. Sementara itu Khairulanwar Harun telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Open Office. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar MOZAC yang dedikasi walaupun baru sahaja selesai menganjurkan FRSIS 2012.


No comments: