Pages

Monday, April 16, 2012

Aktiviti & Pencapaian Pelajar


Hari Kebudayaan Bahasa Perancis 2012 telah diadakan di Sek. Men. Sains Kuching, Sarawak. MOZAC telah menghantar 16 orang pelajar ke Kuching untuk mengikuti program tersebut dari 12 - 15 April 2012.

MOZAC juga telah menghantar pasukan wind orkestra ke pertandingan Wind Orkestra di UNITEN pada 12 - 16 April 2012. Pasukan wind orkestra MOZAC telah mendapat anugerah silver division kedua dalam pertandingan tersebut.


Pertandingan Forum Remaja 2012 peringkat kawasan Melaka tengah telah di adakan di SMK Malim. MOZAC telah berjaya menjadi Johan kawasan. MOZAC juga menghantar wakil untuk Pertandingan Pidato dan MOZAC telah berjaya mendapat Naib Johan Kawasan. Mereka akan mewakili kawasan Melaka Tengah ke peringkat negeri kelak. Tahniah diucapkan


English Carnival telah diadakan di Sek. Men. Sains Johor dan MOZAC telah menghantar 3orang pelajar ke program tersebut bermula pada 23 - 25 Mac 2012.


MOZAC telah menghantar pasukan Bola Keranjang lelaki dan perempuan ke Pertandingan Bola Keranjang Zon Selatan di SDAR. Tahniah kepada pasukan bola keranjang perempuan MOZAC kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut

No comments: