Pages

MOZAC terus Cemerlang





Pada hari Sabtu 3 Mac 2012, MOZAC telah menghantar 5 pasukan 3 pasukan menengah rendah dan 2 pasukan menengah atas) ke pertandingan RHB-The Star Mighty Minds Challenge bertempat di Dataran Pahlawan. Tahniah diucapkan kerana pasukan sekolah kerana telah berjaya dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah satu pasukan menegah atas telah mendapat tempat ke 4 selepas melalui 4 tasks (ujian objektif, menghasilkan satu projek, membentangkan hasil projek dan kuiz lisan). Pasukan 1 Malaysia MOZAC yang terdiri dari Jananeiswary , Ling Ching Hau dan Amsyareezmi telah mendapat tempat ke 3, pada pertandingan tersebut. Para pelajar mendapat hadiah wang tunai RM1,000 manakala pihak sekolah menerima RM 750. Pasukan sekolah telah di bimbing oleh En. Ismail Muhammad dan Puan Erneywati. Semoga pasukan tahun 2013 nanti akan lebih bersedia dan membawa pulang kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah diucapkan.

Pada 26 -28 March, MOZAC telah menghantar 4 orang ketua rumah dan 4 orang penolong ketua rumah ke program KESUMA bertempat di SEMSAS. Kesemua pelajar diiringi oleh En. Husaini Zakaria, penyelaras sistem rumah, MOZAC.

10 orang pemain bola Tampar MOZAC telah terpilih untuk pemilihan bola tampar peringkat kawasan. Seramai 5 orang pemain bola tampar MOZAC telah terpilih untuk mewakili kawasan Ayer Keroh ke pertandingan Bola Tampar peringkat negeri Melaka di SMK Notre Dame. walaupun tidak berjaya merebut sebarang tempat, tetapi seorang pemain Bola Tampar MOZAC telah terpilih untuk pemilihan pasukan negeri Melaka ke peringkat kebangsaan. Selamat maju jaya diucapkan kepada Zul Harith Hassan.

2 comments:

HJ. HASSAN BIN TOPIT said...

Salam. Tahniah cikgu Ismail Muhammad Puan Erneywati dan pelajar atas kejayaan memenangi pertandingan RHB The Star ....
Ayahanda Pengetua

malacca2u said...

what teachers make