Pages

Lawatan Crescent Girls School, Singapore 2012

Pada 6 Mac 2012, Crescent Girls School (CGS) telah mengadakan lawatan tahunan kali
ke tiga ke MOZAC. Lawatan kali ini disertai oleh 34 orang pelajar secondary 2, 4 orang guru dan seorang sukarelawan Gift of Sight. Pada pukul 9 pagi, rombongan CGS telah sampai ke MOZAC dan disambut oleh AJK Pengantarabangsaan MOZAC, pasukan kompang, silat dan gamelan sekolah. Ucapan alua aluan dari MOZAC telah disampaikan oleh Tuan Hj Johan Othman, GPK Ko Kurikulum MOZAC, diikuti oleh Miss Goh Peishi bagi pihak CGS selepas hadirin menyaksikan persembahan video tentang kerjasama antara MOZAC - CGS. Pasukan seni Persembahan MOZAC dan juga para pelajar CGS telah membuat persembahan di dewan. Para pelajar CGS telah diajar untuk mengikat bunga telur, bermain permainan - permainan tradisional, menari,bermain gamelan, menganyam bakul/tikar selain dibawa ke bilik R&D serta F1. Seterusnya para pelajar kedua buah sekolah telah mendengar penenrangan dari Mr. Allen Teo dari Gift of Sight untuk projek khidmat masyarakat pada tahun ini. Pada 7 Mac 2012, para pelajar MOZAC dan CGS telah ke rumah anak yatim Sri Ramakrisna Ashram, Tengkera untuk projek Gift of Sight. Mereka telah sama - sama menyediakan tempat sebagai klinik sementara, mengendalikan proses pendaftaran, menjalankan eye screening dan memberi penerangan kepada mereka yang hadir. Gift of Sight adalah sebuah badan NGO yang mengumpulkan cermin mata terpakai, menjalankan eye screening dan pemeriksaan mata serta memberi cermin mata percuma kepada yang memerlukan. Setelah menjalankan proses eye screening, pakar optometris akan memeriksa dan mengesahkan sebelum proses selanjutnya dijalankan. Diharapkan dengan menyertai projek komuniti seumpama ini, para pelajar akan menjadi insan yang lebih prihatin. Penglibatan dalam projek ini juga diharapkan dapat menyemai minat para pelajar untuk menjadi doktor/pakar mata pada masa hadapan.

0 comments: