Pages

Tuesday, March 20, 2012

Keputusan SPM 2011 - MOZAC capai SET


Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011, telah diumumkan. Alhamdulillah, MOZAC telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan GPS 1.51, memperbaiki GPS SPM 2010 iaitu 1.71. MOZAC sekali lagi dapat mencapai sasaran KPI yang ditetapkan , SET (significantly exceed target). Seramai 3 orang pelajar telah mencapai 9A+ berbanding hanya seorang tahun lalu (meningkat dari 0.77 kepada 2.2). Para pelajar tersebut adalah:
1. Meor Akmal Ezzuddin b. Meor Hashimi
2. Muhammad Sirajuddin b. Roszaili
3. Muhammad Yusof Ahmat Ritwan

Seramai 51 (37.5%) orang berjaya mencapai straight A juga memperbaiki keputusan tahun lepas (33 orang - 25.38%). Tahniah diucapkan kepada semua warga Superism 2011 atas kejayaan yang cemerlang. Sekalung penghargaan kepada guru - guru, para ibubapa, ALUMNI,PIBG yang membantu sekolah untuk kekal cemerlang. Tahniah semua dan semoga kejayaan para pelajar PMR & SPM 2011 membakar semangat para pelajar PMR & SPM 2012 untuk lebih cemerlang.

8 comments:

aneyz_honey said...

tahniah!!semoga Mozac terus cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang!terima kasih dan tahniah kepada guru2 yang banyak berkorban...

Sweet Iman Boutique said...

Tahniah! Alhamdulillah..semuga akan lebih berjaya dan menduduki tangga yang teratas pada masa yang akan datang. Insyaallah!

Anonymous said...

Tahniah pelajar-pelajar Mozac. Semoga terus cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
wanrosaini said...

TAHNIAH! Pengorbanan dan curahan ilmu oleh para pendidik Mozac amat bermakna dan wajar dihargai. Pelajar 2012 wajar memanfaat setiap waktu mulai sekarang untuk mencapai tahap yang terus membaiki pencapaian 2011 agar berjaya capai SET lagi, InsyaAllah.

wanrosaini said...

TAHNIAH! Pengorbanan dan curahan ilmu oleh para pendidik Mozac amat bermakna dan wajar dihargai. Pelajar 2012 wajar memanfaat setiap waktu mulai sekarang untuk mencapai tahap yang terus membaiki pencapaian 2011 agar berjaya capai SET lagi, InsyaAllah.

aneyz_honey said...

ckgu....xkuarkn ke senarai yg dpt stret a.....eager to know....=)

Mohamad Ruzi said...
This comment has been removed by the author.