Pages

FRSIS 2012 Membuka Tirai







Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS 2012) bemula pada 26 Mac dengan ketibaan delegasi dari 63 buah SBP seluruh negara. MOZAC mula menerima tetamu seawal pukul 10 pagi dengan ketibaan sekolah - sekolah dari pantai timur. Ketibaan para delegasi disambut mesra oleh para pelajar dan guru MOZAC. Pada pukul 3 petang, diadakan taklimat symposium oleh sekretariat diikuti dengan sesi ice - breaking peserta dalam negara. Usai sesi tersebut, hujan telah turun dengan lebatnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat para peserta. Pada sebelah malamnya, diadakan taklimat ringkas bagi delegasi yang lambat tiba sebelum para peserta membuat persiapan akhir oleh semua SBP di makmal - makmal sains.




0 comments: