Pages

Sunday, February 26, 2012

MOZAC Boleh!



Dua orang pelajar MOZAC iaitu Shamir Roslan dan Zul Harith Hassan telah mewakili Melaka ke pertandingan ragbi (BRC Open) pada 17 - 19 Februari 2012 bertempat di Bukit Kiara, KL. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya menjadi Johan Shield pada pertandingan tersebut.

Sementara itu, pasukan Hoki MOZAC telah mendapat tempat ketiga untuk kedua - dua kategori Lelaki dan Perempuan di Kejohanan Hoki MSSM Kawasan Ayer Keroh. Pasukan Hoki ini juga telah menyertai pertandingan Hoki SBP Zon Selatan di SDAR pada 23 -26 Februari lepas.


Guru - guru dan kakitangan MOZAC tidak kurang hebatnya - Tahniah diucapkan kepada pasukan koir MOZAC kerana telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan koir sempena Karnival PIBG Sekolah - sekolah Parlimen Bukit Katil pada 11 Februari lepas. Pasukan koir dibawah pimpinan Ustazah Norliyen disertai oleh guru - guru, 2 orang guru pelatih ROS Bahasa Inggeris dan kakitangan sokongan MOZAC. Tahniah diucapkan kepada semua.

1 comment:

fakirkelana said...

Tahniah . . . .baikkkk!