Pages

Sunday, February 5, 2012

Keluarga SBP


Pada perhimpunan mingguan, 30 Januari 2012 telah diadakan taklimat tentang program keluarga SBP oleh Kaunselor sekolah, Puan Zulindawati Mohd Jais. Program keluarga SBP diperkenalkan oleh BPSBPSK sebagai satu lagi program transformasi pelajar dan guru serta sistem rumah.Program ini dilaksanakan berdasarkan konsep ‘in loco parentis’ iaitu guru menjalankan sebahagian peranan ibu bapa di sekolah. Guru (ketua keluarga ) berperanan memantau, membimbing dan membantu murid (ahli keluarga) dalam aspek kebajikan, akademik, sahsiah, perkembangan psikososial, emosi dan kerohanian. Kumpulan guru dan murid berfungsi sebagai satu unit keluarga kecil. Aktiviti yang dijalankan di sekolah mengintegrasikan kumpulan keluarga. Akronim K.E.L.U.A.R.G.A bermaksud : K : kasih sayang , E: Empati , L: Luhur, U: Ukhuwah , A: Amanah, R: Rohani , G: Gembira , A: Ambil berat. Amalan nilai-nilai ini menjadi elemen penting pelaksanaan program KELUARGA SBP.. Di majlis ini juga diadakan penyerahan keluarga SBP kepada semua penyelaras rumah sukan yang terdiri daripada kesemua GKMP.

1 comment:

fakirkelana said...

semenjak zaman kami bersekolah di Mozac sekitar 35 tahun lalu, program sebegini telah dilangsungkan; sungguh berkesan dan sehingga kini kami mengasihi guru2 kami seperti ibubapa kami sendiri