Thursday, January 12, 2012
Mesyuarat Majlis HEM 1 2012
Pada 12 Januari 2012, mesyuarat majlis HEM diadakan di bilik Gerakan sekolah. Mesyuarat ini dihadiri oleh tuan pengetua, GPK HEM, penyelaras tingkatan, kaunselor dan semua guru tingkatan. Mesyuarat membincangkan daftar kehadiran sekolah,pengurusan kelas,biasiswa/projek khas,outing pelajar/balik kampung bermalam,pergerakan pelajar, dan kad laporan disiplin. Pada tahun 2012 akan di adakan 3 transformasi HEM iaitu transformasi asrama, sistem rumah dan kepemimpinan pelajar. Pengetua menegaskan bahawa setiap mesyuarat yang mempunyai isu, perlulah diikuti dengan perbincangan dan keputusan haruslah dibuat. Tugas yang telah diamanahkan hendaklah di lakukan dengan keperihatinan. Semua guru perlu memainkan peranan dalam melaksanakan tugas masing - masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment