Pages

Thursday, November 10, 2011

Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5 dan Mesyuarat Akhir Guru



Pada 10 November, Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah untuk semua pelajar tingkatan 5. SUP MOZAC Puan Siti Hasnah Shohod telah memberi taklimat peperiksaan diikuti dengan amanat terakhir oleh semua ketua panitia matapelajaran. Seterusnya, Puan Saripah Ahmad selalu pemangku penyelaras tingkatan 5 telah menyampaikan pesanan/taklimat kepada semua pelajar tentang kelas/program sepanjang peperiksaan berlangsung.

Pada pukul 2, mesyuarat akhir guru 2011, telah diadakan di mana Cik Rosnah Osman PK Pentadbiran dan pemangku pengetua telah mempengerusikan majlis. Mesyuarat membincangkan tentang cadangan perbelanjaan SBT 2012, senarai semak tugasan dan serahan akhir tahun. Panitia Bahasa Inggeris telah berkongsi piza yang diterima dari pertandingan Mag Inc 2011 dengan semua guru yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Jamuan ringan turut disediakan oleh pihak sekolah.

No comments: