Pages

Thursday, November 10, 2011

Majlis Persaraan Puan Ivy Foo Siew Lain


Pada 9 November 2011, suatu majlis persaraan untuk seorang guru MOZAC iaitu Puan Ivy Foo Siew Lain telah diadakan di Dewan Sultan Muzaffar Syah,Melaka. Puan Ivy telah berkhidmat di MOZAC selama 23 tahun. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pelajar 2011, Amirul Asyraf Roslan. Cik Rosnah Osman telah menyampaikan ucapan penghargaan sekolah terhadap Puan Ivy Foo. Dua persembahan multimedia untuk Puan Ivy telah ditayangkan selepas itu dimana bekas - bekas pelajar telah menyediakan suatu video khas untuk beliau. Suatu video lagi telah disediakan oleh para pelajar tingkatan 4. Akhir sekali, Puan Ivy telah menyampaikan ucapan perpisahan beliau. Majlis ini turut di hadiri oleh bapa, adik dan juga anak bongsu beliau. MOZAC mengucapkan terimakasih kepada beliau atas sumbangan beliau selama 32 tahun di MOZAC. Selamat Bersara diucapkan kepada beliau.



Pada 8 November, suatu majlis solat hajat untuk para pelajar tingkatan 5 telah diadakan. Majlis ini diadakan di dewan terbuka yang baru dengan dihadiri oleh ibubapa, guru dan semua pelajar tingkatan 5. Perhimpunan terakhir tahun 2011 telah diadakan pada pagi 9 November dimana disampaikan hadiah untuk kesemua pemenang -pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang bilan Oktober dan November. Sijil untuk calon - calon yang mendapat keputusan cemerlang/anugerah pengetua juga telah disampaikan. Selain daripada itu, para pelajar yang berjaya mendapat kepujian dan kredit dalam ICAS mathematics dan English juga telah disampaikan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang/penerima dan diharapkan ini dapat membakar semangat mereka dan rakan - rakan lain untuk terus mencipta kecemerlangan.

1 comment:

Armiza Aris said...

teacher Ivy is a great teacher. thank you teacher.