Pages

Pertandingan - pertandingan Rekacipta/Inovasi & Robotik sepanjang September

MOZAC juga menghantar pasukan - pasukan untuk bertanding di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sepanjang September ini. Antara pertandingan - pertandingan tersebut ialah:



1. Pertandingan Rekacipta di Persidangan & Expo IPT Antarabangsa yang diadakan di KLCC pada 13 - 15 Setember 2011. Pertandingan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan UITM diadakan setiap 2 tahun sekali. MOZAC menghantar satu penyertaan dalam Kategori Junior Invention dengan menampilkan Sleeping Energy Harvester dan telah memenangi Bronze Medal untuk kategori tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan dibawah bimbingan Puan Suriyati Yusof ini. Para pelajar yang terlibat adalah:
1. Muhamad Adib Adam
2. Muhahamd Naim Hanapai
3. Amirul Hamizan

2. Pada 19 - 22 September 2011 pula, 2 orang pelajar MOZAC menyertai Pertandingan Akhir Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan (Intel - ISEF) 2011 di Hotel Empress, Sepang. Projek Inovasi MOZAC ini telah memenangi tempat ke 6 daripada 20 pasukan yang bertandingan. Guru pembimbing utk pasukan ini ialah Puan Suriyati Yusof dan para pelajar yang terlibat ialah:
1. Jananeiswary a/p Sevai
2. Badrul Hisyam Zulkipli









3. Pada 27 - 29 September 2011, MOZAC akan menghantar satu lagi pasukan ke Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan untuk mewakili Melaka dalam kategori terbuka Men. Ren di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasukan yang juga dibimbing oleh Puan Suriyati ini diwakili oleh 3 orang pelajar tingkatan 2 MOZAC:
1. Ahmad Azizi Md Zam Zam
2. Khabilavarman a/l Nadarajah
3. Mohd Syazani Md Zaidi

Tahniah dan Selamat Berjaya di ucapkan kepada semua para pelajar dan guru yang terlibat.

0 comments: